Teknik ini berfungsi sama ada anda mengimbas mengikut item atau mengikut tudingan.

  • Pilih item. Apabila item diserlahkan, cetuskan suis yang anda sediakan sebagai suis Pilih Item anda. Jika anda menggunakan suis tunggal, ia menjadi suis Pilih Item anda secara lalai.

  • Paparkan tindakan yang tersedia. Pilih item menggunakan suis Pilih Item. Tindakan yang tersedia muncul dalam menu kawalan yang muncul.

  • Ketik item. Gunakan kaedah pilihan anda untuk memilih Ketik daripada menu kawalan yang muncul apabila anda memilih item. Atau aktifkan Seting > Umum > Kebolehcapaian > Kawalan Suis > Ketik Auto, kemudian hanya pilih item dan jangan lakukan apa-apa selama selang Ketik Auto (0.75 saat jika anda belum melaraskannya). Atau sediakan suis untuk menjalankan gerak isyarat ketik secara khusus di Seting > Umum > Kebolehcapaian > Kawalan Suis > Suis.

  • Lakukan gerak isyarat atau tindakan lain. Gunakan gerak isyarat atau tindakan daripada menu kawalan yang muncul apabila anda memilih item. Jika anda telah mengaktifkan Ketik Auto, cetuskan suis anda dalam selang masa Ketik Auto, kemudian pilih gerak isyarat. Jika terdapat lebih daripada satu halaman tindakan yang tersedia, ketik titik di bahagian bawah menu untuk pergi ke halaman lain.

  • Tolak menu kawalan. Ketik semasa semua ikon dalam menu dimalapkan.

  • Skrol senarai untuk melihat lebih banyak item. Pilih sebarang item di skrin, kemudian pilih Skrol daripada menu kawalan.

  • Lakukan tindakan perkakasan. Pilih sebarang item, kemudian pilih Peranti daripada menu yang muncul. Anda boleh menggunakan menu untuk meniru tindakan ini:

    • Klik butang Utama

    • Dwiklik butang Utama untuk berbilang tugas

    • Bukan Pusat Pemberitahuan atau Pusat Kawalan

    • Tekan butang Tidur/Bangun untuk membuka kunci iPhone

    • Pusing iPhone

    • Petik butang Senyap

    • Tekan butang kelantangan

    • Tahan butang Utama untuk membuka Siri

    • Klik tiga kali butang Utama

    • Goncang iPhone

    • Tekan butang Utama dan Tidur/Bangun secara serentak untuk mengambil petikan skrin