Anda boleh memperuntukkan nada dering tersendiri kepada orang dalam senarai kenalan anda untuk ID pemanggil yang boleh didengari. Anda juga boleh memperuntukkan corak getaran untuk pemberitahuan daripada aplikasi khusus, untuk panggilan telefon, untuk panggilan FaceTime atau mesej daripada kenalan khas dan untuk mengisyaratkan anda mengenai pelbagai acara lain, termasuk mel suara baru, mel baru, hantar mel, Tweet, Siaran Facebook dan peringatan. Pilih daripada corak sedia ada, atau cipta yang baru. Lihat Bunyi dan kesenyapan.

Anda boleh membeli nada dering daripada iTunes Store pada iPhone. Lihat iTunes Store sekilas pandang.