Gunakan Pintasan Kebolehcapaian. Tekan butang Utama dengan cepat tiga kali untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan mana-mana ciri ini:
VoiceOver
Zum
Songsang Warna
Kawalan Alat Bantuan Pendengaran (jika anda telah memasangkan alat bantuan pendengaran)
Akses Dibantu (Pintasan memulakan Akses Dibantu jika ia sudah diaktifkan. Lihat Akses Dibantu.)
Kawalan Suis
AssistiveTouch
Pilih ciri yang anda mahu kawal. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Pintasan Kebolehcapaian dan ciri kebolehcapaian yang anda gunakan.
Jangan laju sangat. Untuk mengurangkan kelajuan klik tiga kali, pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Kelajuan Klik Butang Utama.