Aplikasi Video mempunyai butang Trek Alternatif butang trek alternatif, yang boleh anda ketik untuk memilih sari kata dan kapsyen yang ditawarkan oleh video yang anda tonton. Sari kata dan kapsyen standard biasanya disenaraikan, tetapi jika anda lebih suka pilihan boleh akses khas, seperti sari kata untuk orang pekak dan kurang pendengaran (SDH), anda boleh setkan iPhone untuk menyenaraikannya apabila ia tersedia.

  • Utamakan sari kata dan kapsyen tertutup boleh akses untuk pengguna dengan masalah pendengaran dalam senarai sari kata dan kapsyen tersedia. Aktifkan Seting > Umum > Kebolehcapaian > Sari Kata & Kapsyen > Kapsyen Tertutup + SDH. Ini juga akan mengaktifkan sari kata dan kapsyen dalam aplikasi Video.

  • Pilih daripada sari kata dan kapsyen yang tersedia. Ketik butang trek alternatif semasa menonton video dalam Video.

  • Sesuaikan sari kata dan kapsyen anda. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Sari Kata & Kapsyen > Gaya, yang mana anda boleh memilih gaya kapsyen sedia ada atau mencipta gaya baru berdasarkan pilihan:

    • Fon, saiz dan warna

    • Warna dan kelegapan latar belakang

    • Kelegapan teks, gaya pinggir dan serlahan

Bukan semua video mempunyai kapsyen tertutup.