Walaupun VoiceOver dinyahaktifkan, anda boleh mengesetkan iPhone untuk membaca dengan lantang sebarang teks yang anda pilih. iPhone menganalisis teks untuk menentukan bahasa, kemudian membacanya kepada anda menggunakan sebutan yang bersesuaian.
Aktifkan Sebut Pilihan. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Sebut Pilihan. Anda juga boleh:
Pilih bahasa, dialek dan kualiti suara
Laraskan kadar pertuturan
Pilih agar perkataan individu diserlahkan apabila ia dibaca
Setkan agar teks dibacakan kepada anda. Pilih teks, kemudian ketik Sebutkan.