Anda boleh menggunakan kabel Penyesuai TTY iPhone (dijual secara berasingan di banyak tempat) untuk menyambungkan iPhone kepada mesin TTY. Pergi ke www.apple.com/my/store (mungkin tidak tersedia di semua kawasan) atau semak dengan penjual Apple tempatan anda.

  • Sambungkan iPhone ke mesin TTY. Pergi ke Seting > Telefon dan aktifkan TTY dan kemudian sambungan iPhone ke mesin TTY anda menggunakan Penyesuai TTY iPhone.

Apabila TTY pada iPhone diaktifkan, ikon TTY muncul dalam bar status di bahagian atas skrin. Untuk mendapatkan maklumat mengenai penggunaan mesin TTY tertentu, lihat dokumentasi yang disertakan dengan mesin tersebut.