Buka Kunci iPhone. Tekan sama ada butang Utama atau butang Tidur/Bangun, leret untuk memilih gelangsar Buka Kunci, kemudian dwiketik skrin.
Masukkan kod laluan anda dengan senyap. Untuk mengelakkan kod laluan anda disebut semasa anda memasukkannya, gunakan tulisan tangan; lihat Tulis dengan jari anda.
Buka aplikasi, togol suis atau ketik item. Pilih item, kemudian dwiketik skrin.
Dwiketik item yang dipilih. Ketik tiga kali skrin.
Laraskan gelangsar. Pilih gelangsar, kemudian leret ke atas atau ke bawah dengan satu jari.
Gunakan gerak isyarat standard. Dwiketik dan tahan jari anda pada skrin sehingga anda mendengar tiga nada meningkat, kemudian lakukan gerak isyarat. Apabila anda mengangkat jari anda, gerak isyarat VoiceOver diteruskan.
Skrol senarai atau kawasan skrin. Leret ke atas atau ke bawah dengan tiga jari.
Skrol berterusan menerusi senarai: Dwiketik dan tahan sehingga anda mendengar tiga nada meningkat, kemudian seret ke atas atau ke bawah.
Gunakan indeks senarai: Sesetengah senarai mempunyai indeks mengikut abjad menegak di sebelah kanan. Anda tidak dapat memilih indeks dengan meleret antara item—anda mesti menyentuh indeks terus untuk memilihnya. Dengan indeks dipilih, leret ke atas atau ke bawah untuk bergerak menerusi indeks. Anda juga boleh dwiketik, kemudian luncurkan jari anda ke atas atau ke bawah.
Susun semula senarai: Anda boleh menukar susunan item dalam sesetengah senarai, seperti item Rotor dalam seting Kebolehcapaian. Pilih di sebelah kanan item, dwiketik dan tahan sehingga anda mendengar tiga nada meningkat, kemudian seret ke atas atau bawah.
Buka Pusat Pemberitahuan. Pilih sebarang item dalam bar status, kemudian leret ke bawah dengan tiga jari. Untuk menolak Pusat Pemberitahuan, lakukan gosokan dua jari (gerakkan dua jari ke depan belakang tiga kali dengan cepat, untuk membuat “z”).
Buka Pusat Kawalan. Pilih sebarang item dalam bar status, kemudian leret ke atas dengan tiga jari. Untuk menolak Pusat Kawalan, lakukan gosokan dua jari.
Bertukar aplikasi. Leret ke kiri atau kanan di bahagian tengah skrin. Atau leret ke atas dengan empat jari untuk melihat apa yang sedang berjalan, kemudian leret ke kiri atau kanan dengan satu jari untuk memilih dan mengetik untuk membuka. Anda juga boleh setkan rotor kepada Tindakan semasa melihat aplikasi terbuka dan meleret ke atas atau bawah.
Susun semula skrin Utama anda. Pilih ikon pada skrin Utama, dwiketik dan tahan, kemudian seret. Angkat jari anda apabila ikon berada di lokasi barunya. Seret ikon ke pinggir skrin untuk mengalihkannya ke halaman lain pada skrin Utama. Anda boleh terus memilih dan mengalihkan item sehingga anda menekan butang Utama.
Sebutkan maklumat status iPhone. Ketik bar status di bahagian atas skrin, kemudian leret ke kiri atau kana untuk mendengar maklumat mengenai masa, hayat bateri, kekuatan isyarat Wi-Fi dan banyak lagi.
Sebutkan pemberitahuan. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver dan aktifkan Pemberitahuan Pertuturan. Pemberitahuan, termasuk teks bagi mesej teks masuk, disebutkan apabila ia tiba, walaupun iPhone dikunci. Pemberitahuan yang tidak disemak diulangi apabila anda membuka kunci iPhone.
Aktifkan atau nyahaktifkan tirai skrin. Ketik tiga kali dengan tiga jari. Apabila tirai skrin aktif, kandungan skrin adalah aktif walaupun apabila paparan dimatikan.