Apabila anda mengaktifkan medan teks boleh diedit, papan kekunci atas skrin muncul (melainkan anda telah memasang Papan kekunci Wayarles Apple).

  • Aktifkan medan teks. Pilih medan teks, kemudian dwiketik. Titik pemasukan dan papan kekunci atas skrin muncul.

  • Masukkan teks. Taipkan aksara menggunakan papan kekunci atas skrin:

    • Penaipan standard:  Pilih kekunci pada papan kekunci dengan meleret ke kiri atau ke kanan, kemudian dwiketik bagi memasukkan aksara. Atau gerakkan jari anda pada papan kekunci untuk memilih kekunci dan dengan terus menyentuh kekunci dengan satu jari, ketik skrin dengan jari yang lain. VoiceOver menyebut kekunci apabila ia dipilih, dan sekali lagi apabila aksara dimasukkan.

    • Penaipan sentuhan:  Sentuh kekunci pada papan kekunci untuk memilihnya, kemudian angkat jari anda bagi memasukkan aksara. Jika anda menyentuh kekunci yang salah, luncurkan jari anda ke kekunci yang anda inginkan. VoiceOver menyebut aksara untuk setiap kekunci apabila anda menyentuhnya, tetapi tidak memasukkan aksara sehingga anda mengangkat jari anda.

    • Pilih penaipan standard atau sentuhan:  Dengan VoiceOver diaktifkan dan kekunci dipilih pada papan kekunci, gunakan rotor bagi memilih Mod Menaip, kemudian leret ke atas atau ke bawah.

  • Gerakkan titik pemasukan. Leret ke atas atau ke bawah untuk menggerakkan titik pemasukan ke hadapan atau ke belakang dalam teks. Gunakan rotor untuk memilih sama ada anda ingin menggerakkan titik pemasukan mengikut aksara, perkataan atau mengikut baris.

    VoiceOver mengeluarkan bunyi apabila titik pemasukan bergerak dan menyebut aksara, perkataan atau baris yang digerakkan oleh titik pemasukan. Apabila bergerak ke hadapan mengikut perkataan, titik pemasukan ditempatkan di penghujung setiap perkataan sebelum ruang atau tanda baca yang mengikutinya. Apabila bergerak ke hadapan, titik pemasukan ditempatkan di penghujung perkataan yang direntas, sebelum ruang atau tanda baca yang mengikutinya.

  • Alihkan titik pemasukan melangkaui tanda baca di hujung perkataan atau ayat. Gunakan rotor untuk bertukar kembali ke mod aksara.

    Apabila menggerakkan titik pemasukan mengikut baris, VoiceOver menyebut setiap baris apabila anda bergerak merentasinya. Apabila bergerak ke hadapan, titik pemasukan ditempatkan di permulaan baris seterusnya (kecuali apabila anda mencapai baris terakhir dalam perenggan, dalam mana titik pemasukan digerakkan ke penghujung baris yang baru disebutkan). Apabila bergerak ke belakang, titik pemasukan ditempatkan di permulaan baris yang disebutkan.

  • Tukar maklum balas menaip. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Maklum Balas Menaip.

  • Gunakan fonetik dalam maklum balas menaip. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Gunakan Fonetik. Teks dibaca aksara demi aksara. VoiceOver menyebut aksara dahulu, kemudian fonetik yang sepadan dengannya—contohnya, “f” dan kemudian “foxtrot.”

  • Padam aksara. Gunakan kekunci Backspace dengan sama ada teknik menaip standard atau sentuhan. VoiceOver menyebut setiap aksara sambil ia dipadam. Jika Gunakan Perubahan Nada aktif, VoiceOver menyebut aksara yang dipadam dalam nada yang lebih rendah.

  • Pilih teks. Setkan rotor kepada Edit, leret ke atas atau ke bawah untuk memilih Pilih atau Pilih Semua, kemudian dwiketik. Jika anda memilih Pilih, perkataan yang paling hampir dengan titik pemasukan dipilih apabila anda dwiketik. Untuk meningkatkan atau mengurangkan pilihan, lakukan gosokan dua jari untuk menutup menu pop timbul, kemudian cubit.

  • Potong, salin, atau tampal. Setkan rotor kepada Edit, pilih teks, leret ke atas atau ke bawah untuk memilih Potong, Salin atau Tampan, kemudian dwiketik.

  • Buat asal. Goncang iPhone, leret ke kiri atau kanan untuk memilih tindakan untuk membuat asal, kemudian dwiketik.

  • Masukkan aksara beraksen. Dalam mod penaipan standard, pilih aksara yang biasa, kemudian dwiketik dan tahan sehingga anda mendengar bunyi yang menunjukkan aksara alternatif telah muncul. Seret ke kiri atau kanan untuk memilih dan mendengar pilihan. Lepaskan jari anda untuk memasukkan pilihan semasa.

  • Tukar bahasa papan kekunci. Setkan rotor kepada Bahasa, kemudian leret ke atas atau ke bawah. Pilih “bahasa lalai” untuk menggunakan bahasa yang ditentukan dalam seting Antarabangsa. Item rotor Bahasa hanya muncul jika anda memilih lebih daripada satu bahasa dalam Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Rotor Bahasa.