Cari di web. Pilih medan carian, masukkan carian anda, kemudian leret kanan atau kiri untuk beralih ke bawah atau ke atas senarai frasa carian yang dicadangkan. Dwiketik skrin untuk mencari di web menggunakan frasa carian yang dipilih.
Langkau ke elemen halaman seterusnya dari jenis tertentu. Setkan rotor kepada jenis elemen, kemudian leret ke atas atau ke bawah.
Setkan pilihan rotor untuk melayari web. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Rotor. Ketik untuk memilih atau menyahpilih pilihan atau seret ke atas atau ke bawah untuk menempatkan semula item.
Langkau imej semasa menavigasi. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Navigasi Imej. Anda boleh memilih untuk melangkau semua imej atau hanya imej yang tiada penerangan.
Kurangkan halaman berselerak untuk pembacaan dan navigasi yang lebih mudah. Pilih item Pembaca dalam medan alamat Safari (tidak tersedia untuk semua halaman).
Jika anda memasangkan Papan Kekunci Wayarles Apple dengan iPhone, anda boleh menggunakan arahan Navigasi Pantas kekunci tunggal untuk menavigasi halaman web. Lihat Gunakan VoiceOver dengan Papan Kekunci Wayarles Apple.