Apabila VoiceOver aktif, gerak isyarat skrin sentuh standard mempunyai dialek berlainan dan gerak isyarat tambahan membolehkan anda bergerak di sekeliling skrin dan mengawal item individu. Gerak isyarat VoiceOver termasuk ketikan dan leretan dua, tiga dan empat jari. Untuk hasil terbaik semasa menggunakan gerak isyarat berbilang jari, bertenang dan biarkan jari anda menyentuh skrin dengan sedikit ruang antara jari anda.

Anda boleh menggunakan teknik berlainan untuk melakukan gerak isyarat VoiceOver. Contohnya, anda boleh melakukan ketikan dua jari dengan menggunakan dua jari pada satu tangan atau satu jari pada setiap tangan. Anda juga boleh menggunakan ibu jari anda. Ramai menggunakan gerak isyarat ketik terpisah: daripada memilih item dan dwiketik, sentuh dan tahan item dengan satu jari, kemudian ketik skrin dengan jari lain.

Cuba teknik berlainan untuk menentukan yang mana berfungsi terbaik bagi anda. Jika gerak isyarat tidak berfungsi, cuba pergerakan yang lebih cepat, terutamanya untuk dwiketik atau gerak isyarat leret. Untuk meleret, cuba sapu pada skrin dengan cepat dengan jari-jari anda.

Dalam seting VoiceOver, anda boleh memasuki kawasan khas yang mana anda boleh berlatih menggunakan gerak isyarat VoiceOver tanpa menjejaskan iPhone atau setingnya.

  • Berlatih menggunakan gerak isyarat VoiceOver. Dalam Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver, kemudian ketik Latihan VoiceOver. Apabila anda selesai berlatih, ketik Selesai. Jika anda tidak melihat butang Latihan VoiceOver, pastikan VoiceOver diaktifkan.

Berikut adalah ringkasan gerak isyarat VoiceOver yang utama:

Navigasi dan baca

  • Ketik:  Pilih dan sebutkan item.

  • Leret ke kanan atau kiri:  Pilih item seterusnya atau sebelumnya.

  • Leret ke atas atau ke bawah:  Bergantung pada seting rotor. Lihat Gunakan rotor VoiceOver.

  • Ketik dua jari:  Berhenti menyebut item semasa.

  • Leret ke atas dua jari:  Baca semuanya dari bahagian atas skrin.

  • Leret ke bawah dua jari:  Baca semua dari kedudukan semasa.

  • Gosokan dua jari:  Gerakkan dua jari ke belakang dan depan tiga kali dengan cepat (menulis “z”) untuk menolak isyarat atau kembali ke skrin sebelumnya.

  • Leret tiga jari ke atas atau ke bawah:  Skrol satu halaman pada satu masa.

  • Leret tiga jari ke kanan atau kiri:  Pergi ke halaman seterusnya atau sebelumnya (contohnya, pada skrin Utama atau dalam Saham).

  • Ketik tiga jari:  Sebutkan maklumat tambahan, seperti kedudukan dalam senarai atau sama ada teks dipilih.

  • Ketik empat jari di bahagian atas skrin:  Pilih item pertama pada halaman.

  • Ketik empat jari di bahagian bawah skrin:  Pilih item terakhir pada halaman.

Aktifkan

  • Dwiketik:  Aktifkan item yang terpilih.

  • Ketik tiga jari:  Dwiketik item.

  • Ketik terpisah:  Sebagai alternatif kepada memilih item dan mendwiketik untuk mengaktifkannya, sentuh item dengan satu jari dan kemudian ketik skrin dengan jari lain.

  • Dwiketik dan tahan (1 saat) + gerak isyarat standard:  Gunakan gerak isyarat standard. Gerak isyarat dwiketik dan tahan memberitahu iPhone untuk menginterpretasi gerak isyarat seterusnya sebagai standard. Contohnya, anda boleh dwiketik dan tahan, dan kemudian tanpa mengangkat jari anda, seret jari anda untuk meluncurkan suis.

  • Dwiketik dua jari:  Jawab dan tamatkan panggilan. Main atau jeda dalam Muzik, Video, Memo Suara atau Foto. Ambil foto dalam Kamera. Mula atau jeda rakaman dalam Kamera atau Memo Suara. Mula atau hentikan jam randik.

  • Dwiketik dua jari dan tahan:  Tukar label item untuk memudahkannya dicari.

  • Ketik tiga kali dua jari:  Buka Pemilih Item.

  • Ketik tiga kali tiga jari.  Senyapkan atau nyahsenyap VoiceOver.

  • Ketik empat kali tiga jari:  Aktifkan atau nyahaktifkan tirai skrin.