Anda boleh menggunakan paparan braille Bluetooth untuk membaca output VoiceOver dan anda boleh menggunakan paparan braille dengan kekunci input dan kawalan lain untuk mengawal iPhone apabila VoiceOver diaktifkan. Untuk senarai paparan braille yang disokong, lihat www.apple.com/asia/accessibility/ios/braille-display.html.

  • Sambungkan paparan braille. Hidupkan paparan, kemudian pergi ke Seting > Bluetooth dan aktifkan Bluetooth. Kemudian, pergi Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Braille dan pilih paparan.

  • Laraskan seting Braille. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Braille, yang mana anda boleh:

  • Aktifkan braille singkat

  • Nyahaktifkan terjemahan braille

  • Nyahaktifkan braille lapan titik

  • Aktifkan sel status dan pilih lokasinya

  • Aktifkan kod Nemeth untuk persamaan

  • Paparkan papan kekunci atas skrin

  • Tukar terjemahan braille daripada Inggeris Disatukan

Untuk mendapatkan maklumat mengenai arahan umum braille untuk navigasi VoiceOver dan untuk maklumat yang khusus untuk paparan tertentu, lihat support.apple.com/kb/HT4400.

Paparan Braille menggunakan bahasa yang disetkan untuk Kawalan Suara. Ini biasanya adalah bahasa yang disetkan untuk iPhone dalam Seting > Antarabangsa > Bahasa. Anda boleh menggunakan seting bahasa VoiceOver untuk mengeset bahasa berlainan bagi paparan VoiceOver dan Braille.

  • Setkan bahasa untuk VoiceOver,. Pergi ke Seting > Umum > Antarabangsa > Kawalan Suara.

Jika anda menukar bahasa untuk iPhone anda mungkin perlu mereset bahasa untuk VoiceOver dan paparan braille anda.

Anda boleh setkan sel paling kiri atau paling kanan paparan Braille anda untuk menyediakan status sistem dan maklumat lain. Contohnya:

  • Sejarah Pengumuman mengandungi mesej yang belum dibaca

  • Mesej Sejarah Pengumuman semasa belum lagi dibaca

  • Pertuturan VoiceOver disenyapkan

  • Bateri iPhone adalah rendah (kurang daripada 20% cas)

  • iPhone dalam orientasi landskap

  • Paparan skrin dimatikan

  • Baris semasa mengandungi teks tambahan di sebelah kiri

  • Baris semasa mengandungi teks tambahan di sebelah kanan

  • Setkan sel paling kiri atau paling kanan untuk memaparkan maklumat status. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > VoiceOver > Braille > Sel Status dan ketik Kiri atau Kanan.

  • Lihat penerangan sel status yang dikembangkan. Pada paparan Braille anda, tekan butang penghalaan sel status.