Banyak aplikasi membolehkan anda zum masuk atau keluar pada item tertentu. Contohnya, anda boleh dwiketik atau mencubit untuk mengembangkan lajur halaman web dalam Safari. Terdapat juga ciri kebolehcapaian Zum yang membolehkan anda membesarkan keseluruhan skrin sebarang aplikasi yang anda gunakan. Anda boleh menggunakan Zum bersama-sama VoiceOver.

  • Aktifkan atau nyahaktifkan Zum. Pergi ke Seting > Umum > Kebolehcapaian > Zum. Atau, gunakan Pintasan Kebolehcapaian. Lihat Pintasan Kebolehcapaian.

  • Zum masuk atau keluar. Dwiketik skrin dengan tiga jari.

  • Ubah pembesaran. Dengan tiga jari, ketik dan seret ke atas atau ke bawah. Gerak isyarat ketik dan seret serupa dengan dwiketik, kecuali anda tidak perlu mengangkat jari anda pada ketikan kedua—sebaliknya, seret jari anda pada skrin. Apabila anda mula menyeret, anda boleh menyeret dengan satu jari. iPhone kembali ke pembesaran yang dilaraskan apabila anda zum keluar dan masuk sekali lagi menggunakan dwiketik tiga jari.

  • Sorot di sekitar skrin. Apabila dizum masuk, seret skrin dengan tiga jari. Apabila anda mula menyeret, anda boleh teruskan dengan satu jari sahaja. Atau, tahan satu jari berhampiran pinggir skrin untuk menyorot ke bahagian tersebut. Gerakkan jari anda lebih hampir ke pinggir paparan untuk menyorot lebih cepat. Apabila anda membuka skrin baru, Zum akan pergi ke bahagian atas tengah skrin.

Apabila menggunakan Zum dengan Papan Kekunci Wayarles Apple (lihat Gunakan Papan Kekunci Wayarles Apple), imej skrin mengikut titik pemasukan, memastikannya di tengah-tengah paparan.