Utamakan kenalan anda. Apabila anda menambah seseorang pada senarai Kegemaran anda, panggilan mereka memintas Jangan Ganggu dan ditambah pada senarai Kegemaran anda dalam Telefon untuk dail pantas. Pilih kenalan, kemudian skrol ke bawah dan ketik Tambah pada Kegemaran.
Simpan nombor yang anda baru dail. Dalam Telefon, ketik Pad Kekunci, masukkan nombor, kemudian ketik Tambah ke Kenalan. Ketik Cipta Kenalan Baru atau ketik “Tambah ke Kenalan Sedia Ada” dan pilih kenalan.
Tambah pemanggil terbaru pada Kenalan: Dalam Telefon, ketik Terbaru, kemudian ketik bersebelahan nombor. Kemudian ketik Cipta Kenalan Baru, atau ketik “Tambah ke Kenalan Sedia ada” dan pilih kenalan.
Automatikkan pendailan sambungan atau kod laluan. Jika nombor yang anda hubungi memerlukan anda mendail sambungan, iPhone boleh memasukkannya untuk anda. Semasa mengedit nombor telefon kenalan, ketik untuk memasukkan jeda dalam jujukan dailan. Ketik Jeda untuk memasukkan jeda dua saat, yang diwakili oleh koma. Ketik Tunggu untuk berhenti mendail sehingga anda ketik Dail sekali lagi, yang diwakili oleh koma bernoktah.