Skrin info untuk kenalan. Ketik entri, seperti alamat e-mel atau tapak web untuk membukanya.
  • Setkan kad Info Saya anda untuk Safari, Siri dan aplikasi lain. Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar, kemudian ketik Maklumat Saya dan pilih kad kenalan dengan nama dan maklumat anda.

  • Beritahu Siri mengenai identiti orang. Pada kad kenalan anda, gunakan medan nama berkaitan untuk menentukan perhubungan yang anda mahu Siri ketahui, supaya anda boleh berkata perkara seperti “send a message to my sister.”

  • Cari kenalan. Ketik medan carian di bahagian atas sebarang senarai kenalan dan masukkan carian anda. Anda juga boleh mencari kenalan anda dengan Carian Spotlight (lihat Cari).

  • Kongsi kenalan. Ketik kenalan, kemudian ketik Kongsi Kenalan. Lihat AirDrop, iCloud dan cara lain untuk berkongsi.

Panel perkongsian, menunjukkan empat orang dalam liputan AirDrop dan butang untuk perkongsian menggunakan Mesej atau Mail.
  • Tukar label. Jika medan mempunyai label yang salah, seperti Rumah berbanding Kerja, ketik Edit. Kemudian ketik label dan pilih salah satu daripada senarai atau ketik Tambah Label Tersuai untuk mencipta label anda sendiri.

  • Padam kenalan. Pergi ke kad kenalan, kemudian ketik Edit. Skrol ke bawah, kemudian ketik Padam Kenalan.