Sebelum anda menjual atau memberi iPhone anda, pastikan anda memadamkan semua kandungan dan maklumat peribadi anda. Jika anda telah mendayakan Cari iPhone Saya (lihat Cari iPhone Saya), Kunci Pengaktifan diaktifkan. Anda perlu menyahaktifkan Kunci Pengaktifan sebelum pemilik baru boleh mengaktifkan iPhone di bawah akaun mereka sendiri.
Padamkan iPhone dan keluarkan Kunci Pengaktifan. Pergi ke Seting > Umum > Reset > Padam Semua Kandungan dan Seting.
Lihat support.apple.com/kb/HT5661.