Anda boleh mengemas kini perisian dalam Seting iPhone atau dengan menggunakan iTunes.
Kemas kini secara wayarles pada iPhone. Pergi ke Seting > Umum > Kemas Kini Perisian. iPhone menyemak kemas kinian perisian yang tersedia.
Kemas kini perisian dalam iTunes. iTunes menyemak kemas kinian perisian yang tersedia pada setiap kali anda menyelaras iPhone menggunakan iTunes. Lihat Selaraskan dengan iTunes.
Untuk maklumat lanjut mengenai mengemas kini perisian iPhone, lihat support.apple.com/kb/HT4623.