Pembersihan  Bersihkan iPhone dengan segera jika ia bersentuhan dengan apa-apa yang boleh menyebabkan kesan kotor—seperti kotoran, dakwat, solekan atau losen. Untuk membersihkan:

  • Tanggalkan semua kabel dan matikan iPhone (tekan dan tahan butang Tidur/Bangun, kemudian luncurkan gelangsar atas skrin).

  • Gunakan kain lembut bebas lin.

  • Elakkan daripada mendedahkan bukaan terhadap kelembapan.

  • Jangan gunakan produk pembersihan atau udara mampat.

Penutup depan dan belakang iPhone mungkin diperbuat daripada kaca dengan lapisan oleofobik kalis cap jari (pencegah minyak). Lapisan ini akan lusuh sepanjang tempoh penggunaan biasa. Produk pembersihan dan bahan pelelas akan mengurangkan lagi lapisan dan boleh mencalarkan kaca.

Menggunakan penyambung, port dan butang  Jangan paksa penyambung ke dalam port atau menggunakan tekanan berlebihan pada butang, kerana ini boleh menyebabkan kerosakan yang tidak diliputi waranti. Jika penyambung dan port tidak bersambung dengan mudah, ia kemungkinan tidak sepadan. Periksa untuk halangan dan pastikan penyambung sepadan dengan port dan anda telah menjajarkan penyambung dengan betul terhadap port.

Kabel Lightning  Penyahwarnaan palam Lightning selepas penggunaan tetap adalah normal. Kotoran, serpihan dan pendedahan kepada cecair boleh menyebabkan penyahwarnaan. Untuk mengeluarkan penyahwarnaan atau jika kabel menjadi panas sewaktu penggunaan dan tidak mengecas atau menyelaras kepada iPhone, tanggalkan kabel Lightning daripada komputer anda atau penyesuai kuasa dan bersihkannya dengan kain bebas lin yang lembut. Jangan gunakan cecair atau produk pembersihan semasa membersihkan penyambung Lightning.

Suhu pengendalian  iPhone direka bentuk untuk berfungsi dalam suhu ambien antara 32° dan 95° F (0° dan 35° C) dan disimpan dalam suhu antara -4° dan 113° F (-20° dan 45° C). iPhone boleh rosak atau hayat bateri menjadi pendek jika disimpan atau dikendalikan di luar julat suhu ini. Elakkan mendedahkan iPhone kepada perubahan suhu atau kelembapan yang ketara. Apabila anda menggunakan iPhone atau mengecas bateri, adalah biasa bagi iPhone menjadi panas.

Jika suhu dalaman iPhone melebihi suhu pengendalian biasa (contohnya, dalam kereta yang panas atau dalam cahaya matahari langsung untuk tempoh yang berpanjangan), anda mungkin mengalami yang berikut apabila ia cuba melaraskan suhunya:

  • iPhone berhenti mengecas.

  • Skrin menjadi malap.

  • Skrin amaran suhu muncul.

  • Beberapa aplikasi mungkin ditutup.

Penting: Anda mungkin tidak dapat menggunakan iPhone semasa skrin amaran suhu dipaparkan. Jika iPhone tidak dapat mengawal suhu dalamannya, ia akan memasuki mod tidur lampau sehingga ia menjadi sejuk. Alihkan iPhone ke lokasi yang lebih sejuk menjauhi cahaya matahari langsung dan tunggu selama beberapa minit sebelum cuba menggunakan iPhone sekali lagi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat support.apple.com/kb/HT2101.