• Reset seting iPhone. Pergi ke Seting > Umum > Reset, kemudian pilih pilihan:

    • Reset Semua Seting:  Semua keutamaan dan seting anda akan direset.

    • Padam Semua Kandungan dan Seting:  Maklumat dan seting anda dikeluarkan. iPhone tidak boleh digunakan sehingga ia disediakan sekali lagi.

    • Reset Seting Rangkaian:  Apabila anda mereset seting rangkaian, senarai rangkaian yang digunakan sebelumnya dan seting VPN yang tidak dipasang oleh profil konfigurasi akan dikeluarkan. Untuk mengeluarkan seting VPN yang dipasang oleh profil konfigurasi, pergi ke Seting > Umum > Profil, kemudian pilih profil dan ketik Keluarkan. Ini juga mengeluarkan seting atau akaun lain yang disediakan oleh profil. Wi-Fi dinyahaktifkan dan kemudian diaktifkan semula, memutuskan sambungan anda daripada sebarang rangkaian. Seting Wi-Fi dan “Tanya untuk Menyertai Rangkaian” kekal aktif.

    • Reset Kamus Papan Kekunci:  Anda tambah perkataan ke kamus papan kekunci dengan menolak perkataan yang dicadangkan iPhone sambil anda menaip. Mereset kamus papan kekunci memadam semua perkataan yang telah anda tambah.

    • Reset Tataletak Skrin Utama:  Mengembalikan aplikasi terbina dalam kepada tataletak asalnya pada skrin Utama.

    • Reset Lokasi & Privasi:  Mereset perkhidmatan lokasi dan seting privasi kepada seting lalai kilang.