Anda boleh menggunakan iCloud atau iTunes untuk menyandarkan iPhone secara automatik. Jika anda memilih untuk menyandarkan menggunakan iCloud, anda tidak boleh menggunakan iTunes untuk menyandarkan secara automatik ke komputer anda, tetapi anda boleh menggunakan iTunes untuk membuat sandaran manual ke komputer anda. iCloud menyandarkan ke iPhone setiap hari melalui Wi-Fi, apabila ia disambungkan ke sumber kuasa dan dikunci. Tarikh dan masa bagi sandaran terakhir disenaraikan di bahagian bawah skrin Storan & Sandaran.

iCloud menyandarkan:

  • Muzik, filem, rancangan TV, aplikasi dan buku yang dibeli

  • Foto dan video dalam Jalur Filem anda

  • Seting iPhone

  • Data Aplikasi

  • Skrin Utama, folder dan tataletak aplikasi

  • Mesej (iMessage, SMS dan MMS)

  • Nada dering

Nota: Kandungan yang dibeli tidak disandarkan di semua kawasan.

  • Aktifkan sandaran iCloud.  Pergi ke Seting > iCloud, kemudian log masuk dengan Apple ID dan kata laluan anda, jika diperlukan. Pergi ke Storan & Sandaran, kemudian aktifkan Sandaran iCloud. Untuk mengaktifkan sandaran dalam iTunes, pergi ke Fail > Peranti > Sandaran.

  • Sandarkan dengan segera.  Pergi ke Seting > iCloud > Storan & Sandaran, kemudian ketik Sandarkan Sekarang.

  • Sulitkan sandaran anda. Sandaran iCloud disulitkan secara automatik agar data anda dilindungi daripada akses tanpa kebenaran semasa ia dipancarkan ke peranti anda atau apabila ia disimpan dalam iCloud. Jika anda menggunakan iTunes untuk sandaran anda, pilih “Sulitkan sandaran iPhone” dalam anak tetingkap Ringkasan iTunes.

  • Uruskan sandaran anda.  Pergi ke Seting > iCloud > Storan & Sandaran, kemudian ketik Urus Storan. Ketik nama iPhone anda. Anda boleh mengurus aplikasi yang disandarkan ke iCloud dan mengeluarkan sandaran sedia ada. Dalam iTunes, keluarkan sandaran dalam Keutamaan iTunes.

  • Aktifkan atau nyahaktifkan sandaran Jalur Filem.  Pergi ke Seting > iCloud > Storan & Sandaran, kemudian ketik Urus Storan. Ketik nama iPhone anda, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan sandaran Jalur Filem.

  • Lihat peranti yang sedang disandarkan.  Pergi ke Seting > iCloud > Storan & Sandaran > Urus Storan.

  • Hentikan sandaran iCloud. Pergi ke Seting > iCloud > Storan & Sandaran, kemudian nyahaktifkan Sandaran iCloud.

Muzik yang tidak dibeli dalam iTunes tidak disandarkan dalam iCloud. Gunakan iTunes untuk menyandarkan dan memulihkan kandungan tersebut. Lihat Selaraskan dengan iTunes.

Penting: Sandaran untuk muzik, filem atau pembelian rancangan TV tidak tersedia di semua kawasan. Pembelian terdahulu tidak boleh dipulihkan jika ia tidak lagi berada dalam iTunes Store, App Store atau iBook Store.

Kandungan yang dibeli dan kandungan Perkongsian Foto, tidak dikira dalam storan percuma 5 GB iCloud anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai menyandarkan iPhone, lihat support.apple.com/kb/HT5262.