Untuk menyemak aras atau mengukur cerun, pegang iPhone pada pinggirnya atau letakkannya secara mendatar.
  • Tunjukkan aras. Leret kiri pada skrin Kompas.

  • Gantungkannya secara lurus. Pegang iPhone terhadap bingkai gambar atau objek lain, kemudian pusingnya sehingga anda melihat warna hijau. Untuk aras sebenar, sisihan dipaparkan pada latar belakang hitam. Jika latar belakang merah (menunjukkan cerun relatif), ketik skrin untuk menukarkannya kepada warna hitam.

  • Setkan aras meja. Letakkan iPhone rata pada meja.

  • Padankan cerun. Pegang iPhone terhadap permukaan yang anda mahu padankan, kemudian ketik skrin untuk merekodkan cerun. Cerun yang anda cari ditunjukkan dalam hitam, dengan sisihan ditunjukkan dalam merah. Ketik sekali lagi untuk kembali kepada aras standard.