Simpan, tetapi jangan hantar mesej. Jika anda menulis mesej dan mahu menghabiskannya kemudian, ketik Batal, kemudian ketik Simpan Draf.
Habiskan draf yang disimpan. Sentuh dan tahan Karang. Pilih draf daripada senarai, kemudian selesaikannya dan hantar atau simpan sekali lagi sebagai draf.
Tunjukkan mesej draf daripada semua akaun anda. Semasa melihat senarai Peti Mel, ketik Edit, ketik Tambah Peti Mel, kemudian aktifkan peti Mel Semua Draf.
Padamkan draf. Dalam senarai Draf, leret merentas draf, kemudian ketik Padam.