Skrin peti mel yang menunjukkan Peti Masuk dan peti mel VIP dengan bersebelahannya. Terdapat 217 mesej dalam peti masuk dan 3 dalam VIP. Peti mel Draf berada di bahagian bawah.
  • Kumpulkan mesej penting. Tambah orang penting pada senarai VIP anda dan mesej mereka muncul dalam peti mel VIP. Ketik nama penghantar dalam mesej, kemudian ketik Tambah ke VIP. Untuk menunjukkan peti mel VIP, ketik Edit semasa melihat senarai Peti Mel.

  • Dapatkan makluman mengenai mesej penting. Pusat Pemberitahuan memaklumkan anda apabila anda menerima mesej dalam peti mel kegemaran atau mesej daripada VIP anda. Pergi ke Seting > Pusat Pemberitahuan > Mail.

  • Benderakan mesej agar anda boleh mencarinya kemudian. Ketik butang tandakan mesej semasa anda membaca mesej. Anda boleh menukar rupa penunjuk mesej yang dibenderakan dalam Seting > Mail, Kenalan, Kalendar > Gaya Bendera. Untuk melihat peti mel Dibenderakan, ketik Edit semasa melihat senarai Peti Mel, kemudian ketik Dibenderakan.

  • Cari mesej. Skrol atau ketik bahagian atas senarai mesej untuk mendedahkan medan carian. Carian mencari pada medan alamat, subjek dan kandungan mesej. Untuk mencari berbilang akaun sekaligus, cari dari peti mel pintar, seperti Semua Dihantar.

  • Cari ikut tempoh masa. Skrol atau ketik di bahagian atas senarai mesej untuk mendedahkan medan carian, kemudian taipkan sesuatu seperti “mesyuarat Februari” untuk mencari semua mesej dari bulan Februari dengan perkataan “mesyuarat.”

  • Cari ikut keadaan mesej. Untuk mencari semua mesej dibenderakan, belum dibaca daripada orang dalam senarai VIP anda, taipkan “benderakan vip belum dibaca.” Anda juga boleh mencari untuk atribut mesej lain, seperti “lampiran.”

  • Hapuskan Sarap! Ketik butang tandakan mesej semasa anda membaca mesej, kemudian ketik Alih ke Sarap untuk memfailkannya ke dalam folder Sarap. Jika anda menandakan mesej sebagai sarap secara tidak disengajakan, goncang iPhone dengan segera untuk membuat asal.

  • Buat peti mel kegemaran. Kegemaran muncul di bahagian atas senarai Peti Mel. Ketik tambah satu, ketik Edit semasa melihat senarai Peti Mel. Ketik, Tambah Peti Mel, kemudian pilih peti mel untuk ditambah. Anda juga akan menerima pemberitahuan tolak untuk peti mel kegemaran anda.