-
Mulakan perbualan mesej teks. Ketik , kemudian masukkan nombor telefon atau alamat e-mel atau ketik dan pilih kenalan.
Lencana isyarat muncul jika mesej tidak dapat dihantar. Ketik isyarat dalam perbualan untuk cuba menghantar mesej sekali lagi. Dwiketik untuk menghantar mesej sebagai mesej teks SMS.
Sambung perbualan. Ketik perbualan dalam senarai Mesej.
Gunakan aksara gambar. Pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci Antarabangsa > Tambah Papan Kekunci Baru, kemudian ketik Emoji untuk memaparkan papan kekunci. Apabila anda menaip mesej, ketik untuk memaparkan papan kekunci Emoji. Lihat Kaedah input khas.
Lihat masa mesej dihantar atau diterima. Seret sebarang gelembung ke kiri.
Buat panggilan suara atau panggilan FaceTime kepada orang yang anda hantar mesej teks. Ketik Kenalan di bahagian atas skrin, kemudian ketik atau .
Lihat info hubungan seseorang. Ketik Kenalan di bahagian atas skrin, kemudian ketik . Ketik item info untuk melakukan tindakan, seperti membuat panggilan FaceTime.
Lihat mesej terdahulu dalam perbualan. Ketik bar status untuk menskrol ke atas. Ketik Muatkan Mesej Terdahulu, jika perlu.
Hantar mesej kepada kumpulan (iMessage dan MMS): Ketik , kemudian masukkan berbilang penerima. Dengan MMS, permesejan berkumpulan mesti turut diaktifkan dalam Seting > Mesej dan balasan dihantar kepada anda sahaja—ia tidak disalin kepada orang lain dalam kumpulan.
Sekat mesej yang tidak diingini. Pada kad kenalan, ketik Sekat Pemanggil ini. Anda boleh melihat kad kenalan seseorang semasa melihat mesej dengan mengetik Kenalan, kemudian ketik . Anda juga boleh menyekat pemanggil dalam Seting > Telefon > Disekat. Anda tidak akan menerima panggilan suara, panggilan FaceTime atau mesej teks daripada pemanggil yang disekat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai menyekat panggilan, lihat support.apple.com/kb/HT5845.