Dengan iMessage atau MMS, anda boleh menghantar dan menerima foto dan video, dan menghantar lokasi, maklumat kenalan dan memo suara. Had saiz bagi lampiran ditentukan oleh pembekal khidmat anda—iPhone mungkin memampatkan lampiran foto dan video jika perlu.
Hantar foto atau video. Ketik . Anda boleh memilih foto atau video sedia ada pada iPhone atau mengambil yang baru.
Lihat foto atau video bersaiz penuh. Ketik foto atau video. Untuk melihat foto dan video lain dalam perbualan, ketik . Ketik untuk kembali ke perbualan.
Hantar item dari aplikasi lain. Dalam aplikasi lain, ketik Kongsi atau , kemudian ketik Mesej.
Kongsi, simpan atau cetak lampiran. Ketik lampiran, kemudian ketik .
Salin foto atau video. Ketik dan tahan lampiran, kemudian ketik Salin.
Tambah seseorang pada kenalan anda. Daripada perbualan, ketik Kenalan, kemudian ketik Cipta Kenalan Baru.
Simpan info kenalan. Ketik Kenalan di bahagian atas skrin, ketik , kemudian ketik Cipta Kenalan Baru atau Tambah Kenalan Sedia Ada.