Jika anda diberikan kad SIM untuk dipasang, pasangkannya sebelum menyediakan iPhone.

Penting: Kad Micro-SIM (iPhone 4 dan iPhone 4s) atau kad Nano-SIM (iPhone 5 atau lebih baru) diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan selular apabila bersambung ke rangkaian GSM dan sesetengah rangkaian CDMA. iPhone 4s atau lebih baru yang telah diaktifkan pada rangkaian wayarles CDMA juga boleh menggunakan kad SIM untuk bersambung kepada rangkaian GSM, terutamanya untuk perayauan antarabangsa. iPhone anda tertakluk kepada dasar pembekal khidmat wayarles anda, yang mungkin termasuk pengehadan terhadap menukar pembekal khidmat dan perayauan, walaupun selepas menamatkan sebarang kontrak perkhidmatan minimum. Hubungi pembekal khidmat wayarles anda bagi mendapatkan butiran lanjut. Sebarang keupayaan selular bergantung pada rangkaian wayarles.

Tiga paparan berturutan bahagian kanan iPhone. Mula-mula, masukkan klip kertas atau alat mengeluarkan SIM ke dalam lubang kecil pada dulang kad SIM di sisi iPhone untuk mengeluarkan dulang. Kedua, letakkan kad SIM ke dalam dulang—penjuru bersudut menentukan orientasi yang betuk. Ketiga, masukkan dulang kad SIM kembali ke dalam iPhone.