Jika ikon Wi-Fi muncul di bahagian atas skrin, anda disambungkan ke rangkaian Wi-Fi. iPhone bersambung semula pada bila-bila masa anda kembali ke lokasi yang sama.

  • Konfigurasikan Wi-Fi. Pergi ke Seting > Wi-Fi.

  • Pilih rangkaian:  Ketik salah satu daripada rangkaian yang disenaraikan dan masukkan kata laluan, jika diminta.

  • Minta untuk menyertai rangkaian:  Aktifkan “Minta Untuk Menyertai Rangkaian” untuk digesa apabila rangkaian Wi-Fi tersedia. Jika tidak, anda mesti menyertai secara manual apabila rangkaian yang digunakan terdahulu tidak tersedia.

  • Lupakan rangkaian:  Ketik butang maklumat lanjut bersebelahan rangkaian yang pernah anda sertai. Kemudian ketik “Lupakan Rangkaian Ini.”

  • Sertai rangkaian Wi-Fi tertutup:  Ketik Lain, kemudian masukkan nama rangkaian tertutup itu. Anda mesti sudah mengetahui nama rangkaian, jenis keselamatan dan kata laluan (jika perlu).

  • Laraskan seting rangkaian Wi-Fi:  Ketik butang maklumat lanjut bersebelahan rangkaian. Anda boleh setkan proksi HTTP, tentukan seting rangkaian statik, aktifkan BootP, atau memperbaharui seting yang disediakan oleh pelayan DHCP.

  • Sediakan rangkaian Wi-Fi anda sendiri. Jika anda mempunyai stesen pangkalan AirPort yang tidak dikonfigurasikan dihidupkan dan berada dalam lingkungan, anda boleh menggunakan iPhone untuk menyediakannya. Pergi ke Seting > Wi-Fi dan cari “Sediakan stesen pangkalan AirPort.” Ketik stesen pangkalan anda dan Pembantu Persediaan akan melakukan langkah selebihnya.

  • Uruskan rangkaian AirPort. Jika iPhone disambungkan ke stesen pangkalan AirPort, pergi ke Seting > Wi-Fi, ketik butang info lanjut bersebelahan nama rangkaian, kemudian ketik Uruskan Rangkaian ini. Jika anda masih belum memuat turun Utiliti AirPort, ketik OK untuk membuka App Store dan memuat turunnya.