AMARAN: Untuk mengelakkan kecederaan, baca Maklumat keselamatan penting sebelum menggunakan iPhone.

Pengaktifan boleh dilakukan melalui rangkaian Wi-Fi, atau dengan iPhone 4s atau lebih baru menerusi rangkaian selular pembawa anda (tidak tersedia di semua kawasan). Jika kedua-dua pilihan tidak tersedia, anda perlu menyambungkan iPhone ke komputer anda dan menggunakan iTunes untuk mengaktifkan iPhone (lihat Sambungkan iPhone ke komputer anda).

  • Sediakan dan aktifkan iPhone. Hidupkan iPhone dan ikuti Pembantu Persediaan.

Pembantu Persediaan membantu anda menerusi proses, termasuk:

  • Bersambung ke rangkaian Wi-Fi

  • Mendaftar masuk atau mencipta Apple ID percuma (diperlukan untuk banyak ciri termasuk iCloud, FaceTime, App Store, iTunes Store dan banyak lagi)

  • Memasukkan kod laluan

  • Menyediakan iCloud dan Rantai Kunci iCloud

  • Mengaktifkan ciri disyorkan seperti Perkhidmatan Lokasi dan Cari iPhone Saya

  • Mengaktifkan iPhone dengan pembawa anda

Anda juga boleh memulihkan daripada sandaran iCloud dan iTunes semasa persediaan.

Nota: Jika anda mengaktifkan Cari iPhone Saya semasa persediaan, Kunci Pengaktifan akan dihidupkan untuk membantu menghalang kecurian. Lihat Cari iPhone Saya.

Sesetengah pembawa membenarkan anda membuka kunci iPhone untuk digunakan dalam rangkaian mereka. Untuk melihat sama ada pembawa anda menawarkan pilihan ini, lihat support.apple.com/kb/HT1937. Hubungi pembawa anda untuk mendapatkan maklumat kebenaran dan persediaan. Anda perlu menyambungkan iPhone ke iTunes untuk melengkapkan proses. Bayaran tambahan mungkin dikenakan. Untuk maklumat lanjut, lihat support.apple.com/kb/HT5014.