iPhone berfungsi dengan iCloud, Microsoft Exchange dan banyak pembekal khidmat mel, kenalan dan kalendar berasaskan Internet yang paling popular.

Anda boleh menyediakan akaun iCloud percuma apabila anda menyediakan iPhone anda pertama kali atau kemudiannya dalam Seting. Lihat iCloud.

  • Sediakan akaun. Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar > Tambah Akaun. Jika anda menyediakan akaun iCloud, anda juga boleh berbuat demikian dalam Seting > iCloud.

Anda boleh menambah kenalan dengan menggunakan akaun LDAP atau CardDAV jika syarikat atau organisasi anda menyokongnya. Lihat Tambah Kenalan.

Anda boleh menambah kalendar menggunakan akaun kalendar CalDAV dan anda boleh melanggan kalendar iCalendar (.ics) atau mengimportnya daripada Mail. Lihat Gunakan berbilang kalendar.