Menyelaras dengan iTunes menyalin maklumat dari komputer anda ke iPhone dan sebaliknya. Anda boleh menyelaras dengan menyambungkan iPhone komputer anda, atau anda boleh menyediakan iTunes untuk menyelaras secara wayarles menggunakan Wi-Fi. Anda boleh setkan iTunes untuk menyelaras foto, video, podcast, aplikasi dan banyak lagi. Untuk bantuan menyelaraskan iPhone dengan komputer anda, buka iTunes kemudian pilih Bantuan iTunes daripada menu Bantuan.
Selaraskan secara wayarles. Sambungkan iPhone. Kemudian dalam iTunes pada komputer anda, pilih iPhone anda, klik Ringkasan dan pilih “Selaraskan iPhone ini melalui Wi-Fi.”
Jika penyelarasan Wi-Fi diaktifkan, iPhone menyelaras apabila disambungkan kepada sumber kuasa, iPhone dan juga komputer anda mesti berada pada rangkaian wayarles yang sama dan iTunes mesti terbuka pada komputer.
Petua untuk menyelaraskan dengan iTunes pada komputer anda
Sambungkan iPhone ke komputer anda, pilihnya dalam iTunes dan setkan pilihan dalam anak tetingkap berlainan.
Dalam anak tetingkap Ringkasan, anda boleh setkan iTunes untuk menyelaras iPhone secara automatik apabila ia disambung ke komputer anda. Untuk menulis ganti seting ini buat sementara waktu, tahan Command dan Option (Mac) atau Shift dan Control (PC) sehingga anda melihat iPhone muncul dalam tetingkap iTunes.
Dalam anak tetingkap Ringkasan, pilih “Sulitkan sandaran iPhone” jika anda mahu menyulitkan maklumat yang disimpan pada komputer anda apabila iTunes membuat sandaran. Sandaran yang disulitkan ditunjukkan oleh ikon mangga dan kod laluan diperlukan untuk memulihkan sandaran. Jika anda tidak memilih pilihan ini, kata laluan lain (seperti untuk akaun mel) tidak termasuk dalam sandaran dan anda perlu memasukkannya semula jika anda menggunakan sandaran untuk memulihkan iPhone.
Dalam anak tetingkap Info, apabila anda menyelaraskan akaun mel, hanya seting dipindahkan dari komputer anda ke iPhone. Perubahan yang anda buat pada akaun mel pada iPhone tidak menjejaskan akaun pada komputer anda.
Dalam anak tetingkap Info, klik Lanjutan untuk memilih pilihan yang membenarkan anda menggantikan maklumat pada iPhone dengan maklumat dari komputer anda semasa penyelarasan seterusnya.
Dalam anak tetingkap Foto, anda boleh menyelaraskan foto dan video dari folder pada komputer anda.
Jika anda menggunakan iCloud untuk menyimpan kenalan, kalendar dan penanda buku, jangan turut selaraskannya ke iPhone menggunakan iTunes.