Tarikh dan masa biasanya disetkan untuk anda berdasarkan lokasi anda—lihat skrin Kunci untuk melihat sama ada ia betul.

  • Setkan sama ada iPhone mengemas kini tarikh dan masa secara automatik. Pergi ke Seting > Umum > Tarikh & Masa, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Set Secara Automatik. Jika anda setkan iPhone untuk dikemas kini secara automatik, ia menerima masa yang betul melalui rangkaian selular dan mengemas kininya untuk zon waktu semasa anda. Beberapa pembawa tidak menyokong masa rangkaian, jadi dalam sesetengah kawasan iPhone mungkin tidak dapat menentukan masa tempatan secara automatik.

  • Setkan tarikh dan masa secara manual. Pergi ke Seting > Umum > Tarikh & Masa, kemudian nyahaktifkan Set Secara Automatik.

  • Setkan sama ada iPhone menunjukkan waktu 24-jam atau 12-jam. Pergi ke Seting > Umum > Tarikh & Masa, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Waktu 24 Jam. (Waktu 24 Jam mungkin tidak tersedia di semua kawasan.)