Anda boleh memindahkan maklumat dan fail antara peranti iOS dan komputer anda menggunakan iCloud atau iTunes.
iCloud menyimpan kandungan seperti muzik, foto, kalendar, kenalan, dokumen dan banyak lagi dan menolaknya secara wayarles ke peranti iOS lain anda dan komputer, memastikan semuanya dikemas kini secara automatik. Lihat iCloud.
iTunes menyelaras muzik, video, foto dan banyak lagi antara komputer anda dan iPhone. Perubahan yang anda buat pada satu peranti disalin ke yang satu lagi apabila anda menyelaras. Anda juga boleh menggunakan iTunes untuk menyelaraskan fail dan dokumen. Lihat Selaraskan dengan iTunes.
Anda boleh menggunakan iCloud atau iTunes atau kedua-duanya bergantung pada keperluan anda. Contohnya, anda boleh menggunakan iCloud untuk menghantar foto yang anda ambil pada iPhone secara automatik ke peranti anda yang lain dan menggunakan iTunes untuk menyelaras foto album dari komputer anda ke iPhone.
Penting: Untuk mengelakkan duplikasi, pastikan kenalan, kalendar dan nota diselaraskan menggunakan iCloud atau iTunes, tetapi bukan kedua-duanya.
Anda juga boleh mengurus kandungan daripada iTunes secara manual, dalam anak tetingkap Ringkasan peranti. Ini membolehkan anda menambah lagu dan video, dengan memilih lagu, video atau senarai main dari pustaka iTunes anda dan kemudian menyeretnya ke dalam iPhone anda dalam iTunes. Ini berguna jika pustaka iTunes anda mengandungi lebih banyak item daripada yang boleh muat pada peranti anda.