Senarai main Genius adalah koleksi lagu dari pustaka anda yang dapat dimainkan bersama. Genius adalah perkhidmatan percuma, tetapi ia memerlukan Apple ID.

Campuran Genius adalah pilihan lagu dengan jenis muzik yang sama, dibuat semula daripada pustaka anda pada setiap kali anda mendengar kepada campuran.

  • Gunakan Genius. Aktifkan Genius dalam iTunes pada komputer, kemudian selaraskan iPhone dengan iTunes. Campuran Genius diselaraskan secara automatik, melainkan anda menguruskan muzik secara manual. Anda boleh menyelaraskan senarai main Genius.

  • Layari dan mainkan Campuran Genius. Ketik Genius (ketik More dahulu, jika Genius tidak kelihatan). Leret ke kiri atau kanan untuk mengakses campuran lain. Untuk memainkan campuran, ketik butang main.

  • Buat senarai main Genius. Lihat Senarai Main, kemudian ketik Senarai Main Genius dan pilih lagu. Atau daripada skrin Kini Dimainkan, ketik Cipta, kemudian ketik Senarai Main Genius.

  • Gantikan senarai main menggunakan lagu yang berbeza:  Ketik Baru dan pilih lagu.

  • Segar semula senarai main:  Ketik Segar Semula.

  • Simpan senarai main:  Ketik Simpan. Senarai main disimpan dengan tajuk lagu yang anda pilih dan tandakan mengikut butang Genius.

Senarai main Genius dicipta pada iPhone disalin ke komputer anda apabila anda menyelaras dengan iTunes.

Nota: Setelah senarai main Genius diselaraskan dengan iTunes, anda tidak dapat memadamnya terus daripada iPhone. Gunakan iTunes untuk mengedit nama senarai main, berhenti menyelaras, atau memadam senarai main.

  • Padam senarai main Genius yang disimpan. Ketik senarai main Genius, kemudian ketik Padam.