iTunes Match menyimpan pustaka muzik anda dalam iCloud—termasuk lagu yang diimport dari CD—dan membolehkan anda memainkan koleksi anda pada iPhone anda dan peranti iOS serta komputer lain anda. iTunes Match juga membolehkan anda mendengar iTunes Radio bebas iklan (lihat iTunes Radio). iTunes Match ditawarkan sebagai langganan berbayar.

Nota: iTunes Match mungkin tidak tersedia di semua kawasan. Lihat support.apple.com/kb/HT5085.

  • Langgan kepada iTunes Match dalam iTunes pada komputer anda. Pilih Kedai > Aktifkan iTunes Match, kemudian klik butang Langgan.

Setelah anda melanggan, iTunes menambah muzik, senarai main dan Campuran Genius anda ke iCloud. Untuk maklumat lanjut, lihat www.apple.com/itunes/itunes-match.

  • Aktifkan iTunes Match. Pergi ke Seting > Muzik. Aktifkan iTunes Match mengeluarkan muzik yang diselaraskan daripada iPhone.

Nota: Caj selular mungkin dikenakan jika iTunes Store aktif dalam bahagian “Gunakan Data Selular Untuk” pada Seting > Selular. Lihat Maklumat penggunaan.

Lagu dimuat turun ke iPhone apabila anda memainkannya. Anda juga boleh memuat turun lagu dan album secara manual—semasa melayari, ketik butang iCloud.

Nota: Apabila iTunes Match aktif, muzik yang dimuat turun dikeluarkan secara automatik daripada iPhone kerana ruang diperlukan, bermula dengan lagu paling lama dan paling kurang dimainkan. Ikon iCloud (butang iCloud) muncul bersebelahan lagu dan album yang dikeluarkan, menunjukkan bahawa lagu dan album masih tersedia menerusi iCloud tetapi tidak disimpan secara tempatan di iPhone.

  • Keluarkan lagu yang telah dimuat turun. Leret ke kiri, kemudian ketik Padam.

  • Hanya tunjukkan muzik yang telah dimuat turun daripada iCloud. Pergi ke Seting > Muzik, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Semua Muzik.

  • Keluarkan iPhone daripada senarai peranti “iTunes dalam Awan” anda. Dalam iTunes pada komputer anda, pergi ke Kedai > Lihat Akaun. Daftar masuk, kemudian klik Urus Peranti dalam bahagian “iTunes dalam Awan”.