Stesen yang ditampilkan memberi cara yang bagus untuk menjelajah dan menikmati muzik baru dalam pelbagai genre. Juga cipta stesen tersuai anda sendiri, berdasarkan pilihan artis, lagu atau genre anda. Lihat iTunes Match.

AMARAN: Untuk maklumat penting mengenai mengelakkan kehilangan pendengaran, lihat Maklumat keselamatan penting.

Nota: iTunes Radio mungkin tidak tersedia di semua kawasan. Untuk mendapatkan maklumat mengenai iTunes Radio, pergi ke support.apple.com/kb/HT5848.

Skrin iTunes Radio, dengan butang Sejarah di penjuru kiri atas. Berhampiran bahagian atas skrin ialah sebaris stesen yang ditampilkan. Di bawah ialah stesen yang anda cipta, dengan butang Edit di pinggir kiri tengah skrin.

Apabila anda memilih stesen dan memainkan lagu, skrin Kini Dimainkan menunjukkan seni album dan kawalan main balik. Ketik butang Info untuk mengetahui lebih lanjut, mencipta stesen baru, menala halus stesen atau berkongsinya. Lihat AirDrop, iCloud dan cara lain untuk berkongsi.

  • Cipta stesen anda sendiri berdasarkan artis, genre atau lagu. Ketik Stesen Baru pada skrin iTunes Radio. Pilih genre atau lakukan carian untuk artis, lagu atau genre kegemaran anda. Anda juga boleh mencipta stesen daripada skrin Kini Dimainkan dengan mengetik butang Cipta.

  • Edit stesen anda. Ketik Edit. Anda boleh menyertakan atau mengecualikan artis, lagu atau genre lain atau memadamkan stesen.

  • Pengaruhi pilihan lagu akan datang. Pada skrin Kini Dimainkan, ketik butang Bintang, kemudian ketik Mainkan Lagi Seperti Ini atau Jangan Mainkan Lagu Ini. Anda juga boleh menambah lagu pada Senarai Keinginan iTunes anda.

  • Langkau ke lagu seterusnya. Pada skrin Kini Dimainkan, ketik butang Seterusnya. Anda boleh melangkau bilangan lagu terhad pada setiap jam.

  • Lihat lagu yang anda mainkan atau lihat senarai keinginan anda. Ketik Sejarah, kemudian ketik Dimainkan atau Senarai Keinginan. Anda boleh membeli lagu untuk pustaka anda. Ketik lagu untuk mempratontonnya.

  • Beli lagu untuk pustaka peribadi anda. Daripada skrin Kini Dimainkan, ketik butang harga.

  • Kongsi stesen yang anda cipta. Pada skrin Kini Dimainkan, ketik butang Info, kemudian ketik Kongsi Stesen.

  • Dengar iTunes Radio secara bebas iklan. Langgan (dan aktifkan) iTunes Match. Lihat iTunes Match.