• Layari muzik anda mengikut senarai main, artis atau kategori lain. Untuk pilihan pelayaran lain, ketik Lagi. Ketik sebarang lagu untuk memainkannya.

Anda boleh mendengar audio daripada speaker terbina dalam, dari fon kepala yang dipasang pada bicu headset atau dari fon kepala stereo Bluetooth wayarles yang dipasangkan dengan iPhone. Jika fon kepala disambung atau dipasangkan, tiada bunyi keluar daripada speaker.

Senarai album. Butang Lagi dan butang Kini Dimainkan berada di penjuru atas. Ketik album untuk mendengarnya. Ketik butang Lagi untuk melihat pilihan pelayaran tambahan.
  • Bosan kerana kerap mengetik Lagi? Untuk menyusun semula butang, ketik Lagi, kemudian ketik Edit dan seret butang ke atas tempat yang anda mahu gantikan.

Skrin Kini Dimainkan memberi kawalan main balik dan menunjukkan kepada anda apa yang dimainkan.

Skrin Kini Dimainkan. Butang Belakang di penjuru kiri atas; butang Senarai Trek di kanan atas. Di bawah seni album ialah bar leret dengan kepala main. Nama lagu dan album muncul di bawahnya. Kawalan  main balik terdapat sepanjang bahagian bawah. Sepanjang bahagian bawah ialah butang Ulang, Cipta dan Kocok. Ketik butang Cipta untuk mencipta Senarai Main Genius atau stesen iTunes Radio.
  • Paparkan lirik. Jika anda telah menambah lirik pada lagu, ketik kulit album untuk melihatnya. Untuk menambah lirik, gunakan tetingkap Info lagu dalam iTunes pada komputer anda, kemudian selaraskan lagu ke iPhone. (Lirik tidak disokong oleh iTunes Match.)

  • Langkau ke sebarang ketika dalam lagu. Seret kepala main. Perlahankan kadar leretan dengan meluncurkan jari anda ke bahagian bawah skrin.

  • Kocok. Ketik Kocok dan skrin Kini Dimainkan untuk memainkan lagu anda dalam tertib rawak.

  • Lihat semua trek daripada album yang mengandungi lagu semasa. Ketik butang senarai trek. Untuk memainkan trek, ketik padanya.

Sebahagian daripada skrin Senarai Trek yang menunjukkan trek untuk kulit album semasa. Ketik butang Rating untuk menilai lagu bagi mencipta senarai main pintar dalam iTunes. Ketik Selesai untuk kembali ke skrin Kini Dimainkan.
  • Cari muzik. Semasa melayari, ketik bar status untuk mendedahkan medan carian di bahagian atas skrin, kemudian masukkan teks carian anda. Anda juga boleh mencari kandungan audio daripada skrin Utama. Lihat Cari.

  • Nilaikan lagu untuk senarai main pintar dalam iTunes. Ketik skrin untuk mendedahkan titik penilaian, kemudian ketik titik untuk memberi nilai.

  • Dapatkan kawalan audio daripada skrin Kunci atau semasa menggunakan aplikasi lain. Leret ke atas dari pinggir bawah skrin untuk membuka Pusat Kawalan. Lihat Pusat Kawalan.

Kawalan main balik audio Pusat Kawalan. Bar leret dan kepala main merentas bahagian atas dan lagu dan album lagu yang kini dimainkan muncul di atas kawalan main balik. Butang kelantangan muncul merentas bahagian bawah.
  • Mainkan muzik pada speaker AirPlay atau Apple TV. Leret ke atas dari pinggir bawah skrin untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik butang AirPlay. Lihat AirPlay.