Anda boleh menggunakan Siri (iPhone 4s atau lebih baru) atau Kawalan Suara untuk mengawal main balik muzik. Lihat Lakukan permintaan dan Kawalan Suara.
Gunakan Siri atau Kawalan Suara. Tekan dan tahan butang Utama.
Mainkan atau jeda muzik: Sebutkan “play” atau “play music.” Untuk menjeda, sebut “pause,” “pause music,” atau “stop.” Anda juga boleh menyebut “next song” atau “previous song.”
Mainkan album, artis, atau senarai main: Sebutkan “play,” kemudian sebutkan “album,” “artist,” atau “playlist” dan nama.
Kocok senarai main semasa: Sebut “shuffle.”
Ketahui lebih lanjut mengenai lagu semasa: Sebutkan “what’s playing,” “who sings this song,” atau “who is this song by.”
Gunakan Genius untuk memainkan lagu yang serupa: Sebutkan “Genius,” atau “play more songs like this.”