Nike + iPod mengumpulkan data latihan daripada sensor wayarles (dijual secara berasingan) yang anda pasang pada kasut anda. Sebelum anda menggunakannya buat kali pertama, anda perlu memautkan sensor anda ke iPhone.
Kasut, bertemu iPhone. Untuk memautkan sensor pada iPhone, pasang sensor pada kasut anda, kemudian pergi ke Seting > Nike + iPod > Sensor.
Pastikan anda tepat. Untuk menentukur Nike + iPod, rekodkan latihan sepanjang jarak yang diketahui sekurang-kurangnya sepanjang suku batu (400 meter). Kemudian, selepas anda mengetik Tamatkan Latihan, ketik Tentukur pada skrin ringkasan latihan dan masukkan jarak sebenar yang anda liputi.
Cuba sekali lagi. Untuk mereset penentukuran lalai, pergi ke Seting > Nike + iPod.