Bersama-sama Sensor Nike + iPod (dijual berasingan), aplikasi Nike + iPod memberi maklum balas boleh didengar mengenai kelajuan, jarak, masa yang berlalu dan kalori yang dibakar anda semasa berlari atau berjalan.

Aplikasi Nike + iPod tidak muncul pada skrin Utama sehingga anda mengaktifkannya.

  • Aktifkan Nike + iPod. Pergi ke Seting > Nike + iPod.

Untuk memulakan, pilih jenis latihan. Dari atas, terdapat Asas, latihan terbuka; latihan Masa; latihan Jarak; dan latihan Kalori. Di tengah bawah skrin terdapat dua butang untuk penentukuran—tentukur untuk berlari dan tentukur untuk berjalan. Di sepanjang bahagian bawah skrin terdapat tiga butang: Latihan, Latihan Saya dan Sejarah.