Kongsi nota dengan akaun lain. Anda boleh berkongsi nota dengan akaun lain seperti Google, Yahoo! atau AOL. Pergi ke Seting > Mail, Kenalan, Kalendar dan aktifkan Nota untuk akaun. Untuk mencipta nota dalam akaun khusus, ketik Akaun di bahagian atas senarai nota, pilih akaun, kemudian ketik Baru. Nota yang anda cipta dalam akaun pada iPhone dipaparkan dalam folder nota bagi akaun.
Pilih akaun lalai untuk nota baru. Pergi ke Seting > Nota.
Lihat semua nota dalam akaun. Ketik Akaun di bahagian atas senarai nota, kemudian pilih akaun.