Papan kekunci antarabangsa membolehkan anda menaip teks dalam banyak bahasa berlainan, termasuk bahasa Asia dan bahasa yang ditulis dari kanan ke kiri. Untuk senarai papan kekunci yang disokong, pergi ke www.apple.com/iphone/specs.html.

  • Uruskan papan kekunci.  Pergi ke Seting > Umum > Antarabangsa > Papan Kekunci.

  • Tambah papan kekunci: Ketik Tambah Papan Kekunci Baru, kemudian pilih papan kekunci daripada senarai. Ulang untuk menambah lagi papan kekunci.

  • Keluarkan papan kekunci:  Ketik Edit, ketik butang padam bersebelahan papan kekunci yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik Padam.

  • Edit senarai papan kekunci anda:  Ketik Edit, kemudian seret butang susun semula bersebelahan papan kekunci ke tempat baru dalam senarai.

Untuk memasukkan teks dalam bahasa berlainan, tukar papan kekunci.

  • Bertukar papan kekunci semasa menaip.  Sentuh dan tahan kekunci Glob butang tukar papan kekunci untuk memaparkan semua papan kekunci anda yang didayakan. Untuk memilih papan kekunci, luncurkan jari anda ke nama papan kekunci, kemudian lepaskan jari. Kekunci Glob butang tukar papan kekunci hanya muncul apabila anda mendayakan lebih daripada satu papan kekunci.

Anda juga boleh mengetik butang tukar papan kekunci. Apabila anda mengetik butang tukar papan kekunci, nama papan kekunci yang baru diaktifkan akan muncul seketika. Teruskan mengetik untuk mengakses papan kekunci didayakan yang lain.

Kebanyakan papan kekunci menyediakan huruf, nombor dan simbol yang tidak kelihatan pada papan kekunci

  • Masukkan huruf beraksen atau aksara lain.  Sentuh dan tahan huruf, nombor, atau simbol yang berkaitan, kemudian luncurkan untuk memilih variasinya. Contohnya:

  • Pada papan kekunci Thai:  Pilih nombor asli dengan menyentuh dan menahan nombor Arab yang berkaitan.

  • Pada papan kekunci Cina, Jepun atau Arab:  Aksara atau calon yang dicadangkan muncul di bahagian atas papan kekunci. Ketik calon untuk memasukkannya atau leret ke kiri untuk melihat lebih banyak calon.

  • Gunakan senarai calon dicadangkan lanjutan.  Ketik anak panah ke atas di sebelah kanan untuk melihat senarai calon penuh.

  • Skrol senarai:  Leret ke atas atau ke bawah.

  • Kembali ke senarai pendek:  Ketik anak panah bawah.

Apabila menggunakan papan kekunci Cina atau Jepun tertentu, anda boleh membuat pintasan untuk perkataan dan pasangan input. Pintasan ditambah kepada kamus peribadi anda. Apabila anda menaip pintasan semasa menggunakan papan kekunci yang disokong, perkataan atau input yang dipasangkan digantikan dengan pintasan.

  • Aktifkan atau nyahaktifkan pintasan.  Pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci > Pintasan. Pintasan tersedia untuk:

  • Bahasa Cina Mudah:  Pinyin

  • Bahasa Cina Tradisional:  Pinyin dan Zhuyin

  • Bahasa Jepun:  Romaji dan 50 Key