Anda boleh menggunakan papan kekunci untuk memasukkan beberapa bahasa secara berlainan. Beberapa contoh ialah Cangjie dan Wubihua Cina, Kana Jepun dan Facemarks. Anda juga boleh menggunakan jari anda atau stilus untuk menulis aksara Bahasa Cina pada skrin.
Bina aksara Bahasa Cina daripada kekunci komponen Cangjie. Semasa anda menaip, aksara yang dicadangkan akan muncul. Ketik aksara untuk memilihnya, atau teruskan menaip sehingga lima komponen untuk melihat lebih banyak pilihan.
Bina aksara Wubihua (goresan) Cina: Gunakan pad kekunci untuk membina aksara Cina menggunakan sehingga lima goresan dalam urutan tulisan yang betul: mendatar, menegak, kiri jatuh, kanan jatuh dan cangkuk. Contohnya, aksara Cina 圈 (bulatan) harus bermula dengan goresan menegak 丨.
Semasa anda menaip, cadangan aksara Bahasa Cina muncul (aksara yang paling lazim digunakan muncul dahulu). Ketik aksara untuk memilihnya.
Jika anda tidak pasti mengenai goresan yang betul, masukkan asterisk (*). Untuk melihat lagi pilihan aksara, taipkan goresan lain, atau skrol menerusi senarai aksara.
Ketik kekunci padanan (匹配) untuk hanya menunjukkan aksara yang sepadan tepat dengan apa yang anda taip.
Tulis aksara Cina. Tulis aksara Cina terus pada skrin dengan jari anda apabila input tulisan tangan Cina Mudah atau Cina Tradisional diaktifkan. Sambil anda menulis goresan aksara, iPhone mengecamnya dan menunjukkan aksara yang sepadan dalam senarai, dengan padanan terdekat di bahagian atas. Apabila anda memilih aksara, aksara berikutnya yang berkemungkinan akan muncul dalam senarai sebagai pilihan tambahan.
Anda boleh menaip beberapa aksara kompleks, seperti 鱲 (sebahagian daripada nama untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong), dengan menulis dua atau lebih aksara komponen mengikut urutan. Ketik aksara untuk menggantikan aksara yang anda taipkan. Aksara Roman turut dikenali.
Taipkan Kana Jepun. Gunakan pad kekunci Kana untuk memilih suku kata. Untuk lebih banyak pilihan suku kata, seret senarai ke kiri atau ketik kekunci anak panah.
Taipkan romaji Jepun. Gunakan papan kekunci Romaji untuk menaip suku kata. Pilihan alternatif muncul sepanjang bahagian atas papan kekunci; ketik satu untuk menaipnya. Untuk lebih banyak pilihan suku kata, ketik kekunci anak panah dan pilih suku kata atau perkataan lain daripada tetingkap.
Taipkan tanda muka atau emotikon. Gunakan papan kekunci Kana Jepun dan ketik kekunci . Atau anda boleh:
Menggunakan papan kekunci Romaji Jepun (tataletak QWERTY-Jepun): Ketik , kemudian ketik kekunci .
Gunakan papan kekunci Bahasa Cina (Mudah atau Tradisional) Pinyin atau (Tradisional) Zhuyin: Ketik , kemudian ketik kekunci .