Gunakan Passbook untuk menyimpan pas naik, tiket filem, kupon, kad kesetiaan anda dan banyak lagi di satu tempat. Imbas pas pada iPhone untuk mendaftar masuk untuk penerbangan, menonton filem atau menebus kupon. Pas boleh termasuk maklumat berguna, seperti baki pada kad kopi anda, tarikh tamat kupon atau nombor tempat duduk anda untuk konsert.

Passbook menunjukkan bahagian atas beberapa pas dalam senarai yang menuruni skrin.