Butiran lokasi bagi peringatan. Ketik medan carian di bahagian atas untuk mencari alamat. Peta di bahagian bawah menunjukkan geopagar. Seret untuk melaraskan saiz geopagar.
  • Dapatkan peringatan apabila anda tiba atau meninggalkan lokasi. Semasa mengedit peringatan, ketik butang maklumat lanjut, kemudian aktifkan “Ingatkan saya di lokasi.” Ketik Lokasi, kemudian pilih lokasi daripada senarai atau masukkan alamat. Selepas anda menentukan lokasi, anda boleh menyeret untuk menukar saiz geopagar pada peta, yang mengesetkan jarak anggaran yang anda mahu diingatkan. Anda tidak boleh menyimpan peringatan lokasi dalam kalendar Outlook atau Microsoft Exchange.

  • Tambah lokasi biasa pada kad alamat anda. Apabila anda mengesetkan peringatan lokasi, lokasi dalam senarai mengandungi alamat daripada kad info peribadi anda dalam Kenalan. Tambah alamat kerja, rumah dan kegemaran anda yang lain pada kad anda untuk akses mudah dalam Peringatan.