AMARAN: Untuk maklumat penting mengenai navigasi selamat dan mengelakkan gangguan perhatian semasa memandu, lihat Maklumat keselamatan penting.
Penting: Peta, arah, Flyover dan aplikasi berdasarkan lokasi bergantung pada perkhidmatan data. Perkhidmatan data tertakluk kepada perubahan dan mungkin tidak tersedia di semua kawasan, yang menghasilkan peta, arah, Flyover atau maklumat berasaskan lokasi yang mungkin tidak tersedia, tidak tepat, atau tidak lengkap. Beberapa ciri Peta memerlukan Perkhidmatan Lokasi. Lihat Privasi.
Bergerak sekeliling Peta dengan menyeret pada skrin. Untuk berhadapan arah lain, pusing dengan dua jari. Untuk kembali ke utara, ketik kompas di penjuru kanan atas.
Zum masuk atau keluar. Dwiketik dengan satu jari untuk zum masuk dan ketik dengan dua jari untuk zum keluar—atau hanya cubit dan regang. Skala muncul di kiri atas semasa mengezum. Untuk menukar cara jarak dipaparkan (batu atau kilometer), pergi ke Seting > Peta.
Anda boleh mencari lokasi melalui banyak cara berlainan:
Persimpangan (“8th and market”)
Kawasan (“greenwich village”)
Tanda tempat (“guggenheim”)
Poskod
Perniagaan (“movies,” “restaurants san francisco ca,” “apple inc new york”)
Atau jika Peta meneka tempat anda menghala semasa anda memasukkan carian, ketik lokasi tersebut dalam senarai di bawah medan carian.
Cari lokasi kenalan atau carian yang ditanda buku atau carian terbaru. Ketik .
Pilih paparan anda. Ketik , kemudian pilih Standard, Hibrid atau Satelit.
Tanda lokasi secara manual. Sentuh dan tahan peta sehingga pin yang jatuh muncul.