Dapatkan arah memandu. Ketik , ketik , masukkan lokasi permulaan dan penamatan, kemudian ketik Laluan. Atau pilih lokasi atau laluan daripada senarai, jika tersedia. Jika berbilang laluan muncul, ketik yang mana satu anda ingin ambil. Ketik Mula untuk bermula.
-
Dengar arah pusingan demi pusingan: (iPhone 4s atau lebih baru) Ketik Mula.
Peta mengikuti kemajuan anda dan menuturkan arah pusingan demi pusingan ke destinasi anda. Untuk menunjukkan atau menyembunyikan kawalan, ketik skrin.
Jika iPhone auto-kunci, Peta kekal atas skrin dan terus mengumumkan arah. Anda juga boleh membuka aplikasi lain dan teruskan untuk mendapatkan arah pusingan demi pusingan Untuk kembali ke Peta, ketik sepanduk merentasi bahagian atas skrin.
Dengan arah pusingan demi pusingan, mod malam melaraskan imej skrin secara automatik untuk paparan lebih mudah pada waktu malam.
Lihat arah pusingan demi pusingan: (iPhone 4) Ketik Mula, kemudian leret ke kiri untuk melihat arahan seterusnya.
Lihat gambaran keseluruhan laluan: Ketik Gambaran Keseluruhan.
Lihat arah sebagai senarai: Ketik .
Hentikan arah pusingan dengan pusingan: Ketik Tamat.
Dapatkan arah dari lokasi semasa anda. Ketik pada sepanduk destinasi anda. Jika anda pejalan kaki, setkan keutamaan arah anda kepada Berjalan dalam Seting > Peta.
Dapatkan arah berjalan. Ketik , kemudian ketik . Masukkan lokasi mula dan tamat, kemudian ketik Laluan. Atau pilih lokasi atau laluan daripada senarai, jika tersedia. Ketik Mula, kemudian leret ke kiri untuk melihat arahan seterusnya.
Dapatkan arah transit awam. Ketik , kemudian ketik . Masukkan lokasi mula dan tamat, kemudian ketik Laluan. Atau pilih lokasi atau laluan daripada senarai, jika tersedia. Muat turun dan buka aplikasi penghalaan untuk perkhidmatan transit yang anda ingin gunakan.
Ketahui keadaan trafik. Ketik , kemudian ketik Tunjukkan Trafik. Titik oren menunjukkan kenderaan perlahan dan titik merah menunjukkan trafik berhenti-henti. Untuk melihat laporan insiden, ketik penanda.
Laporkan masalah. Ketik , kemudian ketik Laporkan Masalah.