Ketik butang edit untuk memadamkan atau menyusun semula podcast. Ketik butang Seting untuk melanggan atau melaraskan keutamaan langganan. Ketik butang muat turun untuk memuat turun episod.
  • Layari untuk podcast. Ketik Ditampilkan atau Carta Teratas di bahagian bawah skrin.

  • Pratonton atau strim episod. Ketik podcast, kemudian ketik episod.

  • Cari di kedai. Ketik Cari di bahagian bawah skrin.

  • Cari dalam pustaka anda. Ketik Podcast Saya, kemudian leret ke bawah di tengah skrin untuk mendedahkan medan Carian.

  • Muat turun episod ke iPhone. Ketik butang muat turun bersebelahan episod.

  • Dapatkan episod baru semasa ia dikeluarkan. Langgan podcast. Jika anda melayari podcast Ditampilkan atau Carta Teratas, ketik podcast, kemudian ketik Langgan. Jika anda telah memuat turun episod, ketik Podcast Saya, ketik podcast, ketik Seting di bahagian atas senarai episod, kemudian aktifkan Langganan.