Gunakan Pembaca Safari untuk memfokus pada kandungan utama halaman.

Untuk mengurangkan halaman berselerak, ketik butang Pembaca di kiri hujung medan Alamat. Harap maklum bahawa butang Pembaca tidak tersedia untuk semua halaman.
  • Fokus pada kandungan. Ketik ikon pembaca di hujung kiri medan alamat. Jika anda tidak dapat melihat ikon, Pembaca tidak tersedia untuk halaman yang anda lihat.

  • Kongsi hanya perkara yang bermanfaat. Untuk berkongsi artikel teks sahaja dan memautkan kepadanya, ketik butang tindakan semasa melihat halaman dalam Pembaca.

  • Kembali ke halaman penuh. Ketik ikon pembaca dalam medan alamat sekali lagi.