Sama ada anda melog masuk ke tapak web, mendaftar untuk perkhidmatan atau membuat pembelian, anda boleh mengisi borang web menggunakan papan kekunci atas skrin atau mengupayakan Safari mengisinya untuk anda menggunakan Isi Auto.
Bosan kerana perlu melog masuk setiap kali? Apabila dan diminta jika anda mahu menyimpan kata laluan untuk tapak, ketik Ya. Kali seterusnya anda melawat, nama pengguna dan kata laluan anda akan diisi untuk anda.
Lengkapkan borang. Pilih sebarang medan untuk memaparkan papan kekunci atas skrin. Ketik atau di atas papan kekunci atas skrin untuk beralih dari medan ke medan.
Isi secara automatik. Pergi ke Seting > Safari > Kata Laluan & Isi Auto dan aktifkan Gunakan Info Kenalan. Kemudian ketik Isi Auto di atas papan kekunci atas skrin apabila anda mengisi borang. Bukan semua tapak web yang menyokong Isi Auto.
Masukkan maklumat kad kredit anda. Pergi ke Seting > Safari > Kata Laluan & Isi Auto dan simpan maklumat kad kredit anda (atau terima tawaran Safari untuk menyimpannya bagi anda apabila anda membuat pembelian), kemudian cari butang Isi Auto Kad Kredit di atas papan kekunci atas skrin pada bila-bila masa anda berada dalam medan kad kredit. Kod keselamatan kad anda tidak disimpan, jadi anda masih perlu memasukkannya dengan sendiri. Jika anda tidak menggunakan kod laluan untuk iPhone, anda boleh mula menggunakannya; lihat Gunakan kod laluan dengan perlindungan data.
Serah borang. Ketik Jalankan, Cari atau pautan pada halaman web.