Anda boleh melaraskan seting Safari untuk memastikan aktiviti pelayaran anda peribadi kepada anda dan melindungi diri anda daripada tapak web berniat jahat.

  • Tidak mahu mendedahkan identiti anda? Aktifkan Seting > Safari > Jangan Jejak. Safari akan meminta tapak web untuk tidak menjejak pelayaran anda, tetapi berhati-hati—tapak web boleh memilih untuk tidak mematuhi permintaan ini.

  • Kawal kuki. Pergi ke Seting > Safari > Terima Kuki. Untuk mengeluarkan kuki yang sudah ada pada iPhone, pergi ke Seting > Safari > Kosongkan Kuki dan Data.

  • Biar Safari mencipta kata laluan selamat dan menyimpannya untuk anda. Ketik medan kata laluan apabila mencipta akaun baru dan Safari akan menawarkan untuk mencipta kata laluan untuk anda.

    Gesaan kata laluan selamat Safari.

  • Padamkan sejarah pelayaran dan data anda daripada iPhone. Pergi ke Seting > Safari > Kosongkan Sejarah dan Seting > Safari > Kosongkan Kuki dan Data.

  • Lawati tapak tanpa meninggalkan sejarah. Ketik Peribadi semasa melihat halaman atau penanda buku terbuka anda. Tapak yang anda lawati tidak akan ditambah lagi pada Sejarah pada iPhone anda.

  • Awasi tapak web yang mencurigakan. Aktifkan Seting > Safari > Amaran Tapak Web Penipuan.