
Tanda buku halaman semasa. Ketik
, kemudian ketik Penanda Buku. Untuk melawat semula halaman, ketik
, kemudian ketik penanda buku.
Pastikan penanda buku anda tersusun. Untuk mencipta folder bagi penanda buku, ketik
, kemudian ketik Edit.
Pilih kegemaran untuk dipaparkan apabila anda mengetik medan carian. Pergi ke Seting > Safari > Kegemaran.
Bar Penanda Buku pada Mac anda? Aktifkan Safari dalam Seting > iCloud jika anda mahukan item daripada bar penanda buku dalam Safari pada Mac anda untuk muncul dalam Kegemaran pada iPhone.
Simpan ikon bagi halaman semasa di skrin Utama anda. Ketik
, kemudian ketik Tambah ke Skrin Utama. Ikon muncul pada peranti yang anda menciptanya sahaja.